Thursday, September 29, 2011

2011

assalamualaikum..!!
wahwah,, aku tak update blog langsung tahun ni.. :(
aduh,, ni ka yang first? serious aku tak sempat update blog.. dah la baru ingat pword.. ;) okey la. apapun,, wish me luck 4 exam next week. 9a, amin Ya Allah..!

p/s : aku rindu family2 yang dok jauh di perantauan.. segeralah pulang ke Malaysia ya.. :) :D

Friday, May 28, 2010

Salam ukhuwah

Assalamualaikum.. lamanya aku x update blog. Dah bersarang dah blog aku. Erm, xtau la pasepa, aku jadi rajin mlm nie nak update. Maklumlah, dah jarang balik rumah sbb dok asrama, aku jarang bukak internet. Macam dah lupa dunia siber... Kawan2 aku, family pon ramai yg dah lama aku x cntct..

Sebenarnya aku xtau nak tulis apa. Tapi aku akan tulis je apa2 yg aku nak kongsi ngan semua orang. Dah nak masuk 6 bulan aku dok asrama, aku rasa seronok pun ada, x seronok pun ada... Kalau boleh la aku nak tanya.. org dok asrama nie selalu dak nangis?? Kadang2 aku nangis.. aku xtau pasepa, tiap2 hari aku tension.. tension yg amat2.. banyak dugaan dok kat bumi smkay ni..
Aku selalu cerita masalah aku kat Tok Rahmah.. x tau, aku rasa selesa bercerita dengan Beliau..
Segala masalah yg aku hadapi semua aku luahkan kat tok..

Aku nak cerita kat mak, tapi aku kesian sebab mak banyak lagi beban yang nak dipikulnya.. Ya Allah, tabahkanlah keluargaku..

Banyk masalah yang aku hadapi sepanjang tahun ini. Biarkanlah masalah tu tersimpan di hati org2 tertentu dan aku x mau dedahkan.. Biasalah. Bukannya kita boleh cerita masalah kita kat sembarangan orang. aku pun mcm tu la, cerita kat tok ja..

Kata tok, dugaan nak belajar mmg banyak. Aku dah rasa semua tu. Tapi aku bersyukur sebab aku boleh hadapi semua itu dengan tabah.. Syukur sebab aku masuk sekolah agama, banyak didikan yang bagus aku dapat dari sini.. Tapi, bukan semua kakak2 atau senior2 yang hidup kat sini berlandaskan ciri2 pelajar sekolah agama. apa2pun, tok nasihatkan aku ikut contoh kak2 yang baik2 ja.. Tapi mcm mana??

Kalau diikutkan hati, aku rasa aku xmau dok asrama. Tak tau la.. kenapa tiba2 aku rasa nak balik sangat2 .. dok di samping keluarga.. kadang2 boleh disifatkan aku benci asrama. Sebab aku terfikir.. mcm mana la mak nak tanggung adik2 seramai 4 orang kat rumah sorang2 tanpa sesiapapun. Ayah mana ada, ayah kena outstation pi rata tempat.. Hmm.. kesian kat ayah. Dahtu, mak lah yang nak kena buat semua benda.. Hati aku tersentuh terkenangkan pengorbanan mak yang x pernah kenal erti penat lelah. Bila aku balik dari asrama, aku dah boleh nilai adik2 aku macam mana kat rumah, mak aku macam mana, penat ka dak.. dari segi fizikal mmg x boleh dinafikan, disebabkan mak terlalu sibuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu, tubuhnya amat susut. Jangan terkejut kalau tengok mak sedikit kurus berbanding aku. Aku ceritakan perkara yang benar dan aku xkan berbohong tentang hal ini. Mak ulang alik ambil aku dari asrama.. sedih sangat bila tengok keadaan rumah yang kadang2 bersepah disebabkan x sempat nak kemas. Salah satu sebab aku x mau dok asrama ialah, aku rasa kalau aku x dok asrama, aku akan manfaat sepunuh masa aku untuk tolong mak. Kadang2 aku marah adik2, kenapa mereka langsung x boleh diharapkan untuk tolong mak sedangkan mereka sudah berjanji untuk tidak membebankan mak. Tapi apa hasilnya?? Bilik x kemas, buku bersepah... Sampah merata tempat. Sapa yang uruskan? semua mak. Mak sabar ja dengan semua tu. Kalau la aku x duduk asrama, sekurang2nya aku dapat tolong ringankan beban mak. Tu la sebabnya aku x tahan dok asrama. asyik teringat kat mak di rumah.. Tiap2 waktu aku dok fikir, apa la yang mak tengah buat waktu ni.. entah rehat entah tak..

Asrama bbaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk sangat2 dugaan. Tolonglah... camna aku nak hadapi semua ni.. Tolonglah aku Ya Allah.. Aku nak nangis fikirkan benda ni semua.. Macam mana aku nak fokus pelajaran ni... Jadi seorang pelajar cemerlang bukannya senang. Kalau hidup banyak masalah, lagi susah! Aku xmau selalu ada masalah. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku.. Aku harap satu hari nnti aku x dok asrama. Isk2..


Aku perlukan nasihat.. Aku x terlalu mengharapkan apa2 dari mak sebab aku sampai hati lihat keadaan mak yang sangat lesu.. kadang2 aku x mau ganggu mak, biarlah mak berehat.. Kasihan beliau..

........................

Ya Allah, kuatkanlah imanku, bukakanlah jalan kelapanganMu kepadaku.. Bantulah aku menghadapi semua ujian dariMu.......
Amiin Ya Rabbal A'alamin

Aku hanya hamba yang lemah.



Friday, February 26, 2010

Kehidupanku Kini

Hari demi hari berlalu... macam tak sedar seolah2 aku telahpun berada di alam sekolah menengah. Terasa cepat sgguh masa berlalu. Kini telahpun 2 bulan aku menjejakkan kaki ke alam SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN.

Kehidupan di asrama sememangnya sukar. Segalanya kena uruskan sendiri. Tapi aku dah biasa dgn semua tu jd aku taklah mengeluh. Nak tau kenapa aku rasa best duduk asrama?
= Aku jdikan ayah, mak, mak2 saudara aku sbgai idola utk teruskan kehidupan=
Sebab??
Kesemua mereka duduk di asrama. Dulu,ayah, mak n mak2 saudara kata mereka semua soronok tggal di asrama. Boleh berdikari, boleh belajar menguruskan masa dgn bagus dan sbgainya. Tak salahkan kalau aku nak rasa semua tu? Ye, sekarang aku dahpun belajar bagaimana utk mnjadi pelajar yg hundred% pelajar. Masa smmgnya pnting bg aku apabila di asrama. Sedetik terleka, seratus jam rugi. Prep petang, prep malam, kelas usrah, kelas tahsin, kelas fardhu ain, kalau terleka sikiiit ja mmg ter-ketinggalan!!!

Begitulah, aku sangat sibuk sekarang. tengok, update blog pun dah msuk bulan 2 skolah. Sebulan sekali baru boleh balik dari asrama. Tu pun waktu cuti umum. Macam mana tu?
Jadi, aku akan buat semua kerja sampai settle dlu baru aku update. Aku update ni sbb semua kerja aku dah habis.. Alhamdulillah.

Selalunya penghuni asrama akan tidur pukul 11.30. Tapi aku lain drpd yg lain. Aku selalu tidur lewat. Adakalanya aku tak tidur langsung sampai pagi. Kenapa? Sebab aku perabih krja skolah dalam dorm dgn mggunakan lampu kecemasan yg disdiakn. Entahla, semua kwn2 pn tak sempat habiskan kerja depa, depa cuma buat kerja skolah(subjek) yg ada esok hari ja. Tapi aku dak. Tak tau, aku terdetik nak buat bagi habis semua agar tak tertangguh. Kalau tertangguh kan payah. Nanti kalau silap2 tak siap kena jawab ngan cikgu, erm jenuh jwb. Kalau kat prep mlm aku mengaku mmg tak sempat nak siap. Terlalu BANYAK!!!!! Walaupun prep ada dua kali sehari, aku tak sempat2 jugak nak siap. Awat taktau... Tapi aku ada vitamin mcm2,, aku boleh makan bagi tak rasa ngantuk.. aku boleh la buat kerja bagi habis.. Bukan aku sorang, ramai lagi yg bejaga lewat mlm smata2 nak habiskan homework..

Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru

Berakhirlah sudah 2009, kini menjelma pula tahun 2010. Terasa sungguh cepat masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, dahpun masuk fasa kehidupan yang baru..

Aku kini menempuh hidup yang lebih mencabar dan lebih sukar. Tetapi apapun, aku akan cuba yang terbaik. Dan sedar tak sedar, usiaku kini sudahpun menginjak ke 13 tahun. Oh, terasa diri ini kerdil sekali. Tahun ini, hari ini, masa ini, saat ini, tempatku bermulalah secara rasminya di asrama. Hehehe:D.. Aku tak pasti samada aku boleh tempuhi hidup di sini dengan mudah tetapi setelah aku fikirkan kata2 semangat dan nasihat2 yang tak putus2 ku peroleh sedikit sebanyak menguatkan semangatku untuk teruskan perjuangan. Cukuplah ucapan terima kasih yang tak terhingga buat saudara mara dan teman2 yang tak putus2 membari sokongan dan galakan agar aku kuat untuk memulakan hidup pada tahun baru ini...

Aku kini merasakan bahawa diriku telah dipertanggungjawabkan untuk bertanggungjawab terhadap adik2ku yang semua sekali berjumlah sehingga 26 orang. Aku telah menjadi seorang kakak yang perlu dicontohi oleh adik2. Pada mulanya aku terfikir, patutkah mereka mencontohi aku kerana aku dah banyak melakukan perkara2 yang... tak sepatutnya aku lakukan! Tetapi setelah menggunakan kewarasan akal, aku terfikir sejenak..."ALLAH tidak akan mengubah nasib sesorang itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri.." Fikirkanlah.....

Dan mulai saat ini, bermulalah tugasku sebagai seorang pelajar dan juga seorang KAKAK yang patut menjadi contoh kepada adik2 nya. Setelah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, terasa seakan2 diri inilah yang paling bertuah. Setelah tamat perjuanganku di situlah aku mula merasakan bahawa aku telah menunjukkan contoh yang baik kepada adik2 ku. Tetapi dek nasihat mak ayah juga tok dan wan, sebenarnya banyak lagi hidup yang aku perlu tempuh dan bukan sekadar tamat tahun Enam. Memanglah lepas dapat keputusan UPSR tu aku boleh tunjukkan kemampuanku kepada adik2ku. Tetapi aku memang tak dapat lari dari kesilapan. Ditegur dan dinasihatkan dengan baik oleh mereka, aku sedar bahawa perjuanganku tidak terhenti hanya di situ.

Jadi pada tahun 2010 inilah aku akan berusaha lebih keras untuk membuktikan bahawa aku juga boleh barjaya seperti orang lain. Aku juga boleh tunjukkan contoh kepada adik2ku. Tidak hanya berjuang sampai sekerat jalan dan terus terhenti di situ. Aku nak buktikan aku bukan NURFAUWAZ HANANI yang dahulu. Yang banyak buat perkara2 tak berfaedah, yang agak malas, yang suka melawan, yang punyai perangai teruk2.
Aku nak jadi NURFAUWAZ HANANI yang lebih baik daripada NURFAUWAZ HANANI yang dulu.

Bagaimana caranya?? -- aku selalu berpegang dengan prinsip ini:

- Jika orang miskin, penyakitnya mudah putus asa.
- Jika orang kaya , penyakitnya bakhil.
- Jika orang cantik, penyakitnya sombong.
- Jika orang hodoh, penyakitnya malu.
- Jika orang berilmu, penyakitnya RIAK dan UJUB.
-Jika orang TIDAK berilmu, penyakitnya akan dipandang rendah oleh masyarakat.

"ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mngubah nasibnya sendiri"
Kenapa tidak kita ubah nasib kita supaya tidak menjadi orang seperti yang dinyatakan diatas?

Pada tahun baru yang penuh barakah ini, ambillah kesempatan mengubah nasib diri. Mengubah untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Tidak menjadi kesalahan jika kita ingin menjadi yang lebih baik kan? Jadi, berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Yang terbaik di kalangan yang tebaik. InsyaAllah Allah angkat darjat kita disisinya. Amiin.

Monday, December 21, 2009

Dear readers=

Salam. Lama sgguh aku x update.. sbnqnya byk gila cerita yg aku nak cerita dlm blog nih tapi tadak masa laaa.. aku nak kena pi dok asrama lagi taon depan.. adus, lagila boring blog ni kann?? hmmm.... aku nak upload gambaq2 kwn2 aku ngan gmbq2 pesiapan pi dok asrama. but i think, nak upload tu saja makan masa sampai setengah jam.. jenuh tunggu la.. tu pun baru dapat satu gmbq.. n3 ni aku xtau nak tulih apa. hehe. bila aku free aku upload gmbq narh... bye! >>>

=)

Wednesday, November 18, 2009

Permudahkanlah Ya Allah...

Ya Allah... esok akan tiba hari yang paling menggetarkan hati dan tubuh badan semua murid2 tahun 6 SKJ. Result UPSR akan keluar dan akan menentukan berapakah tahap pencapaian yang diperoleh setiap org. Termasuk aku, salah seorang murid yang akan mengambil slip tersebut... Heee. ketaqnyaa. Kpd yg mgnali driku ini.. kupohon maaf andainya aku ada buat salah kpd korang... halalkn mkn mnm aku selama ni yer.. Doakan aku memperoleh keputusan yang sepatutnya menggembirakan hati semua org.

Kepada kawan2 tercinta, jgn putus asa dan teruskan berusaha. Aku disini setia menyayangi dan mendoakan hangpa semua:)).. aku hrp hgpa suma pon tak lupa aku kat sini yerr. Macam yg Aisyah Fatihah kata, aku straight sayanggggg kat hgpa suma.. tnpa hgpa, mgkin aku tak pernah rasa nikmat berkawan... Aku ngaku sedehhhhhhhhhh sgt nk tggai hgpa suma tapi kita mana boleh putarkan balik masa2 lalu kita yg dipenuhi dgn suka duka yg dillui brsama2.. Expacially kepada Aina, Chepah, Cheda, Aisyah, Adik... Aku sayang hgpa sgt2... aku rasa sekejap sgt masa berlalu... berat hati nk lepaskn hgpa.. And tak lupa jugak, STARSH ataupun Syahmi, Tajuddin, Amin, Razin, Solehen ngan Haikal(besfrenz kami suma yg sgt2 baik, x mcm lelaki lain)... Aku takkan lupa hgpa setiap sorang.. thanx coz byk mmbntu dlm byk perkara... i'm very appreciate it.. Senang kata, suma warga SKJ yg tak jemu2 mendoakan kesejahteraan kami, TERIMA KASIH banyak2... Tanpa kalian siapalah kami...

Nanti aku upload gmbr2 yg sempat diambil sebagai kenangan.. aku takkan lupa kpd setiap sorang kawan2 aku yg bertakhta dihatii....

All the best!!! Laa takhkhaf walaa takhzan innallahama'anaa...

Insya'allah, we can get 5A, my dear friends.. Let's us all go for Solat Hajat. Semoga Allah permudahkan... Doakan kami semua jangan ketaq narh!!

Isk, kenapa kita suma mesti brpisah???:'(


LUV U ALL FRIENDS!!!!!!!!!!!!!
BEST OF LUCK YA TOMORROW!!!!!!!!!!!!!!!!
5A WILL BE OURS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KEEP PRAYING AND OPEN UR SLIP WITH BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
aku sayang hgpa suma!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, November 08, 2009

Mana hang yang dulu??

Ya, Allah.. terkejut aku dengaq yang laki tu buat mcm tu kat hg.. Tapi kenapa hg biaq,wahai sahabatku... jgn biaqkan maruah hang tergadai disebabkan jantan x gna tu. Tu la.. aku dah ckp, jgn dok bercinta,jgn dok bercinta... hg bercinta jugak.... kenapa hg jadi mcm nie, sahabat aku???? Kita ni muda lagi, buleh dak hg jgn pikiaq lagi pasai cintan cintun ni?? Budak2 sekolah sekarang nie pun dh ramai yang teruk. Kenapa?? kenapa?? sebab depa mudah sangat termakan pujukan syaitan. aku jamin hg takkan jadi mcm tu kalau hg x bercinta.. aku byk kali dh nasihatkan hg. lupakan ja la cinta tu, kawanku.. ia x mmbawa maksud apa2 pun bagimu... Tengok blog Sharifah dan Cheda..Kami semua xmau hg jd perempuan yang mudah terpedaya dgn lelaki..

Jadilah HANG yang sebenaq... yg dlu solehah...yang baik dan bertanggungjawab...yg lgsung x cayaq bila tgk lelaki.. jgn la buat mcm tu lagi. aku x sggp tgk kwn aku sndiri hilang maruah disebabkan lelaki tu.. Jgn mudah sgt terpedaya. setan buleh ja buat apa2. hg jgn laa jadi mcm tu!

Apa2 pun, aku doakan hg jadi anak solehah di dunia dan akhirat.. janji dengan aku JANGAN sekali2 buat mcm tu dah. Aku mohon sgt2.. Jadilah seorang insan yang berguna sahabatku.... Amalkan membaca Ayat Kursi.. Semoga dihindari daripada syaitan Laknatullah..

>> Tak usahlah aku sebut nama empunya diri... Kasihan dia..