Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru

Berakhirlah sudah 2009, kini menjelma pula tahun 2010. Terasa sungguh cepat masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, dahpun masuk fasa kehidupan yang baru..

Aku kini menempuh hidup yang lebih mencabar dan lebih sukar. Tetapi apapun, aku akan cuba yang terbaik. Dan sedar tak sedar, usiaku kini sudahpun menginjak ke 13 tahun. Oh, terasa diri ini kerdil sekali. Tahun ini, hari ini, masa ini, saat ini, tempatku bermulalah secara rasminya di asrama. Hehehe:D.. Aku tak pasti samada aku boleh tempuhi hidup di sini dengan mudah tetapi setelah aku fikirkan kata2 semangat dan nasihat2 yang tak putus2 ku peroleh sedikit sebanyak menguatkan semangatku untuk teruskan perjuangan. Cukuplah ucapan terima kasih yang tak terhingga buat saudara mara dan teman2 yang tak putus2 membari sokongan dan galakan agar aku kuat untuk memulakan hidup pada tahun baru ini...

Aku kini merasakan bahawa diriku telah dipertanggungjawabkan untuk bertanggungjawab terhadap adik2ku yang semua sekali berjumlah sehingga 26 orang. Aku telah menjadi seorang kakak yang perlu dicontohi oleh adik2. Pada mulanya aku terfikir, patutkah mereka mencontohi aku kerana aku dah banyak melakukan perkara2 yang... tak sepatutnya aku lakukan! Tetapi setelah menggunakan kewarasan akal, aku terfikir sejenak..."ALLAH tidak akan mengubah nasib sesorang itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri.." Fikirkanlah.....

Dan mulai saat ini, bermulalah tugasku sebagai seorang pelajar dan juga seorang KAKAK yang patut menjadi contoh kepada adik2 nya. Setelah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, terasa seakan2 diri inilah yang paling bertuah. Setelah tamat perjuanganku di situlah aku mula merasakan bahawa aku telah menunjukkan contoh yang baik kepada adik2 ku. Tetapi dek nasihat mak ayah juga tok dan wan, sebenarnya banyak lagi hidup yang aku perlu tempuh dan bukan sekadar tamat tahun Enam. Memanglah lepas dapat keputusan UPSR tu aku boleh tunjukkan kemampuanku kepada adik2ku. Tetapi aku memang tak dapat lari dari kesilapan. Ditegur dan dinasihatkan dengan baik oleh mereka, aku sedar bahawa perjuanganku tidak terhenti hanya di situ.

Jadi pada tahun 2010 inilah aku akan berusaha lebih keras untuk membuktikan bahawa aku juga boleh barjaya seperti orang lain. Aku juga boleh tunjukkan contoh kepada adik2ku. Tidak hanya berjuang sampai sekerat jalan dan terus terhenti di situ. Aku nak buktikan aku bukan NURFAUWAZ HANANI yang dahulu. Yang banyak buat perkara2 tak berfaedah, yang agak malas, yang suka melawan, yang punyai perangai teruk2.
Aku nak jadi NURFAUWAZ HANANI yang lebih baik daripada NURFAUWAZ HANANI yang dulu.

Bagaimana caranya?? -- aku selalu berpegang dengan prinsip ini:

- Jika orang miskin, penyakitnya mudah putus asa.
- Jika orang kaya , penyakitnya bakhil.
- Jika orang cantik, penyakitnya sombong.
- Jika orang hodoh, penyakitnya malu.
- Jika orang berilmu, penyakitnya RIAK dan UJUB.
-Jika orang TIDAK berilmu, penyakitnya akan dipandang rendah oleh masyarakat.

"ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mngubah nasibnya sendiri"
Kenapa tidak kita ubah nasib kita supaya tidak menjadi orang seperti yang dinyatakan diatas?

Pada tahun baru yang penuh barakah ini, ambillah kesempatan mengubah nasib diri. Mengubah untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Tidak menjadi kesalahan jika kita ingin menjadi yang lebih baik kan? Jadi, berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Yang terbaik di kalangan yang tebaik. InsyaAllah Allah angkat darjat kita disisinya. Amiin.