Friday, May 28, 2010

Salam ukhuwah

Assalamualaikum.. lamanya aku x update blog. Dah bersarang dah blog aku. Erm, xtau la pasepa, aku jadi rajin mlm nie nak update. Maklumlah, dah jarang balik rumah sbb dok asrama, aku jarang bukak internet. Macam dah lupa dunia siber... Kawan2 aku, family pon ramai yg dah lama aku x cntct..

Sebenarnya aku xtau nak tulis apa. Tapi aku akan tulis je apa2 yg aku nak kongsi ngan semua orang. Dah nak masuk 6 bulan aku dok asrama, aku rasa seronok pun ada, x seronok pun ada... Kalau boleh la aku nak tanya.. org dok asrama nie selalu dak nangis?? Kadang2 aku nangis.. aku xtau pasepa, tiap2 hari aku tension.. tension yg amat2.. banyak dugaan dok kat bumi smkay ni..
Aku selalu cerita masalah aku kat Tok Rahmah.. x tau, aku rasa selesa bercerita dengan Beliau..
Segala masalah yg aku hadapi semua aku luahkan kat tok..

Aku nak cerita kat mak, tapi aku kesian sebab mak banyak lagi beban yang nak dipikulnya.. Ya Allah, tabahkanlah keluargaku..

Banyk masalah yang aku hadapi sepanjang tahun ini. Biarkanlah masalah tu tersimpan di hati org2 tertentu dan aku x mau dedahkan.. Biasalah. Bukannya kita boleh cerita masalah kita kat sembarangan orang. aku pun mcm tu la, cerita kat tok ja..

Kata tok, dugaan nak belajar mmg banyak. Aku dah rasa semua tu. Tapi aku bersyukur sebab aku boleh hadapi semua itu dengan tabah.. Syukur sebab aku masuk sekolah agama, banyak didikan yang bagus aku dapat dari sini.. Tapi, bukan semua kakak2 atau senior2 yang hidup kat sini berlandaskan ciri2 pelajar sekolah agama. apa2pun, tok nasihatkan aku ikut contoh kak2 yang baik2 ja.. Tapi mcm mana??

Kalau diikutkan hati, aku rasa aku xmau dok asrama. Tak tau la.. kenapa tiba2 aku rasa nak balik sangat2 .. dok di samping keluarga.. kadang2 boleh disifatkan aku benci asrama. Sebab aku terfikir.. mcm mana la mak nak tanggung adik2 seramai 4 orang kat rumah sorang2 tanpa sesiapapun. Ayah mana ada, ayah kena outstation pi rata tempat.. Hmm.. kesian kat ayah. Dahtu, mak lah yang nak kena buat semua benda.. Hati aku tersentuh terkenangkan pengorbanan mak yang x pernah kenal erti penat lelah. Bila aku balik dari asrama, aku dah boleh nilai adik2 aku macam mana kat rumah, mak aku macam mana, penat ka dak.. dari segi fizikal mmg x boleh dinafikan, disebabkan mak terlalu sibuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu, tubuhnya amat susut. Jangan terkejut kalau tengok mak sedikit kurus berbanding aku. Aku ceritakan perkara yang benar dan aku xkan berbohong tentang hal ini. Mak ulang alik ambil aku dari asrama.. sedih sangat bila tengok keadaan rumah yang kadang2 bersepah disebabkan x sempat nak kemas. Salah satu sebab aku x mau dok asrama ialah, aku rasa kalau aku x dok asrama, aku akan manfaat sepunuh masa aku untuk tolong mak. Kadang2 aku marah adik2, kenapa mereka langsung x boleh diharapkan untuk tolong mak sedangkan mereka sudah berjanji untuk tidak membebankan mak. Tapi apa hasilnya?? Bilik x kemas, buku bersepah... Sampah merata tempat. Sapa yang uruskan? semua mak. Mak sabar ja dengan semua tu. Kalau la aku x duduk asrama, sekurang2nya aku dapat tolong ringankan beban mak. Tu la sebabnya aku x tahan dok asrama. asyik teringat kat mak di rumah.. Tiap2 waktu aku dok fikir, apa la yang mak tengah buat waktu ni.. entah rehat entah tak..

Asrama bbaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk sangat2 dugaan. Tolonglah... camna aku nak hadapi semua ni.. Tolonglah aku Ya Allah.. Aku nak nangis fikirkan benda ni semua.. Macam mana aku nak fokus pelajaran ni... Jadi seorang pelajar cemerlang bukannya senang. Kalau hidup banyak masalah, lagi susah! Aku xmau selalu ada masalah. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku.. Aku harap satu hari nnti aku x dok asrama. Isk2..


Aku perlukan nasihat.. Aku x terlalu mengharapkan apa2 dari mak sebab aku sampai hati lihat keadaan mak yang sangat lesu.. kadang2 aku x mau ganggu mak, biarlah mak berehat.. Kasihan beliau..

........................

Ya Allah, kuatkanlah imanku, bukakanlah jalan kelapanganMu kepadaku.. Bantulah aku menghadapi semua ujian dariMu.......
Amiin Ya Rabbal A'alamin

Aku hanya hamba yang lemah.