Friday, May 28, 2010

Salam ukhuwah

Assalamualaikum.. lamanya aku x update blog. Dah bersarang dah blog aku. Erm, xtau la pasepa, aku jadi rajin mlm nie nak update. Maklumlah, dah jarang balik rumah sbb dok asrama, aku jarang bukak internet. Macam dah lupa dunia siber... Kawan2 aku, family pon ramai yg dah lama aku x cntct..

Sebenarnya aku xtau nak tulis apa. Tapi aku akan tulis je apa2 yg aku nak kongsi ngan semua orang. Dah nak masuk 6 bulan aku dok asrama, aku rasa seronok pun ada, x seronok pun ada... Kalau boleh la aku nak tanya.. org dok asrama nie selalu dak nangis?? Kadang2 aku nangis.. aku xtau pasepa, tiap2 hari aku tension.. tension yg amat2.. banyak dugaan dok kat bumi smkay ni..
Aku selalu cerita masalah aku kat Tok Rahmah.. x tau, aku rasa selesa bercerita dengan Beliau..
Segala masalah yg aku hadapi semua aku luahkan kat tok..

Aku nak cerita kat mak, tapi aku kesian sebab mak banyak lagi beban yang nak dipikulnya.. Ya Allah, tabahkanlah keluargaku..

Banyk masalah yang aku hadapi sepanjang tahun ini. Biarkanlah masalah tu tersimpan di hati org2 tertentu dan aku x mau dedahkan.. Biasalah. Bukannya kita boleh cerita masalah kita kat sembarangan orang. aku pun mcm tu la, cerita kat tok ja..

Kata tok, dugaan nak belajar mmg banyak. Aku dah rasa semua tu. Tapi aku bersyukur sebab aku boleh hadapi semua itu dengan tabah.. Syukur sebab aku masuk sekolah agama, banyak didikan yang bagus aku dapat dari sini.. Tapi, bukan semua kakak2 atau senior2 yang hidup kat sini berlandaskan ciri2 pelajar sekolah agama. apa2pun, tok nasihatkan aku ikut contoh kak2 yang baik2 ja.. Tapi mcm mana??

Kalau diikutkan hati, aku rasa aku xmau dok asrama. Tak tau la.. kenapa tiba2 aku rasa nak balik sangat2 .. dok di samping keluarga.. kadang2 boleh disifatkan aku benci asrama. Sebab aku terfikir.. mcm mana la mak nak tanggung adik2 seramai 4 orang kat rumah sorang2 tanpa sesiapapun. Ayah mana ada, ayah kena outstation pi rata tempat.. Hmm.. kesian kat ayah. Dahtu, mak lah yang nak kena buat semua benda.. Hati aku tersentuh terkenangkan pengorbanan mak yang x pernah kenal erti penat lelah. Bila aku balik dari asrama, aku dah boleh nilai adik2 aku macam mana kat rumah, mak aku macam mana, penat ka dak.. dari segi fizikal mmg x boleh dinafikan, disebabkan mak terlalu sibuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu, tubuhnya amat susut. Jangan terkejut kalau tengok mak sedikit kurus berbanding aku. Aku ceritakan perkara yang benar dan aku xkan berbohong tentang hal ini. Mak ulang alik ambil aku dari asrama.. sedih sangat bila tengok keadaan rumah yang kadang2 bersepah disebabkan x sempat nak kemas. Salah satu sebab aku x mau dok asrama ialah, aku rasa kalau aku x dok asrama, aku akan manfaat sepunuh masa aku untuk tolong mak. Kadang2 aku marah adik2, kenapa mereka langsung x boleh diharapkan untuk tolong mak sedangkan mereka sudah berjanji untuk tidak membebankan mak. Tapi apa hasilnya?? Bilik x kemas, buku bersepah... Sampah merata tempat. Sapa yang uruskan? semua mak. Mak sabar ja dengan semua tu. Kalau la aku x duduk asrama, sekurang2nya aku dapat tolong ringankan beban mak. Tu la sebabnya aku x tahan dok asrama. asyik teringat kat mak di rumah.. Tiap2 waktu aku dok fikir, apa la yang mak tengah buat waktu ni.. entah rehat entah tak..

Asrama bbaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk sangat2 dugaan. Tolonglah... camna aku nak hadapi semua ni.. Tolonglah aku Ya Allah.. Aku nak nangis fikirkan benda ni semua.. Macam mana aku nak fokus pelajaran ni... Jadi seorang pelajar cemerlang bukannya senang. Kalau hidup banyak masalah, lagi susah! Aku xmau selalu ada masalah. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku.. Aku harap satu hari nnti aku x dok asrama. Isk2..


Aku perlukan nasihat.. Aku x terlalu mengharapkan apa2 dari mak sebab aku sampai hati lihat keadaan mak yang sangat lesu.. kadang2 aku x mau ganggu mak, biarlah mak berehat.. Kasihan beliau..

........................

Ya Allah, kuatkanlah imanku, bukakanlah jalan kelapanganMu kepadaku.. Bantulah aku menghadapi semua ujian dariMu.......
Amiin Ya Rabbal A'alamin

Aku hanya hamba yang lemah.



5 comments:

mam noli said...

Tersentuhnya aunty membaca coretan adik ...adik anak keberapa sayang..
perhatin sungguh adik kat mak ya..seronok aunty dengar..anak bongsu aunty dok kat asrama jugak.sama umur dgn adik..rasa nya dia tak terfikir mcm adik..maklumlah anak bongsu perempuan seorang pulak tuu..apa yang berat sgt masaalah dok asrama..can share with aunty if you wish..aunty doakan adik tabah dan ingat Allah maha pengasih

~albazrah~ said...

Sabar kakak, selalu baca alm nasyrah. ulang2...insya Allah semua masalah kakak akan menjadi mudah dengan izin Allah. Ateh ma selalu doakan kakak.

bersabar memang susah, tapi dalam susah itulah Allah beri ganjaran.

Anonymous said...

pengalamn mengajar kita dewasa...jadikan pengalaman duduk asrama untuk kakak belajar menjadi dewasa...semua yang kakak cerita tu ngah abi dah pernah rasa.perasaan yang kakak rasa sedih tu ingatkan mak..tu pun ngah abi pernah rasa. menagis tu tok sah cerita laa, tambah2 kalau cuti panjang lepastu nak balik hostel..sebak sangat...nak jadi org kuat kena lalui pengalaman yang berbeza dengan orang lain yang duduk dengan family sampai besar..masa form 1 and form 2 memang selalu sedih di asrama..tapi bila dah form 3 dah tak kesah..tapi percayalah kakak bila dah dewasa dah masuk alam universiti dan pekerjaan..kakak akan merindui semula saat2 di asrama..percayalah cakap ngah abi..
##ngah abi##

Min said...

so touching... harap kakak terus kuat & tabah. Insya Allah, doa mak kakak pun terus diberi Allah kekuatan untuk menguruskan adik2 di rumah. Next year abg ziyad pun may be masuk hostel... Insya Allah, ringan sikit lagi mak kakak. cik min doakan kakak terus jadi anak yang baik dan terus berusaha menjadi anak yang cemerlang di dunia & akhirat!!! cik min pun doakan kakak dr jauh...

Anonymous said...

fauwaz.,, relax jgn sedih lag.. kmi tau fauwaz put3 n kakak yg kuat.. so anggap laa tggal kt asrama 2 sbgai medium utuk fauwaz mnjadi role model kpd adik2... jgn anggap sbgai pnderitaann coz nnti ampa lbh t'seksa...