Thursday, September 10, 2009

Tiga hal...

Assalamualaikum..

Haaa.. sy dah delete n refresh suma posting dlm blog ni dan akan mulakan yg baru lepas UPSR ni. Oleh sebab minggu ni UPSR, so sy tak berkesempatan bersama blog ini. UPSR baru tamat hari ini,sy dh merdeka buat SEMENTARA WAKTU. Merdeka yang sebenarnya nnti.. lepas ambil result UPSR... Hopefully 5A will be mine.. Aamiin..

Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada Cu Adik & Paksu Roslan atas kedatangan ahli baru dalam keluarga, Nauwal Asyfia, seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya.. Mempunyai rupa paras yang comel.. Hidung yang agak kepek(tp sekarang dah mancung sikit).. mata yang bulat dan cute... mulut yang tak berhenti memberikan senyuman mesra kepada sesiapa sahaja yang bersama dengannya.. Kira yang paling istimewa, adik2 sy(termasuk sy) dah ada 11 orang.. Banyak lagi tugas saya.. Kena tunjuk contoh yang baik untuk adik2.. Kena beri didikan yang mencukupi buat mereka semua.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Tok dan wan juga gembira dengan kelahiran cucu baru.. comel sgt!

Kedua, sy nk ucapkan takziah kpd keluarga di Padang Hang yang telah kehilangan seseorang yang begitu penyayang dan begitu mngambil berat tentang hal keluarga.. Tok Wan Ibrahim atau lebih mesra aku panggil dengan panggilan"Nyang En".. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.. Sy pun tak duga akan jadi seperti ini.. Tepat pukul 12:30 tgh mlm, Nauwal selamat dilahirkan, manakala pada tepat pukul 9:00 paginya, digemparkan dengan pemergian Nyang En..
Hari itu sy sifatkan sebagai" yang datang dan yang pergi".. Sy sendiri pergi ke Masjid kat kampung Padang Hang, menyaksikan acara pengebumian Nyang En.. Insaf rasanya ya Allah.. Seandainya sy tidak menyaksikan acara itu, mesti sy tak sedar lagi apa itu MATI... Rupanya aku baru tau yg org mati kerasnya mcm kayu. jahilnya aku ya Allah.. baru nak tau.. Kesedihan bertambah lagi bila toknjang Timah sampai apabila jenazah telah selamat dikebumikan.. Tangisnya tudia... Kalah sy yg failed periksa. kesian toknjang. Time tu toknjang mai peluk wan & ckp" Tak sempat nk tgk ayah, abang.. tak sempat" wan kata" sabar.. yang pergi tetap pergi.."
Apa2pun, sy doakan semoga Nyang En bahagia di sana. mari kita sama2 sedekahkan al Fatihah untuk arwah.

Al Fatihah.

Sy baru habis menjawab UPSR minggu ini. Masa awal2 hari UPSR: 8/9/09, ketaq x tau nk habaq. Tok nasihat suruh baca doa memudahkan urusan byk2.. Alhamdulillah.. sy dapat menjawab soalan dengan tenang walaupun soalan2 tersebut susah tahap terlebih maksimum... Sy harap sangat dapat 5A. Tiga tahun dah 5A tak pernah jadi milik sy.. Harap2 la kali ni boleh.. InsyaAllah.. doa2kn la sama ya..

Hari kedua paper Math. Susah tu susah, tapi Alhamdulillah, boleh jawab. Cikgu tanda kat kertas jawapan, sy betul berapa ntah.. lupa dah, tp yg pasti, math sy dpt A. dengaq2 tu, Ya Allah, Syukur!!! Besar rahmatMu Ya Allah.. Hari last Bi dgn Sc, lepas tu ada Ujian aptitud, ujian khas yg menentukan kemasukan kita ke asrama penuh... ujian tu susah, menguji tahap pengetahuan am, macam mana nk selesaikan masalah math yg berpusing berbelit berputar berselit.. aduih, payah!! Tapi Alhamdulillah.. boleh.. masa ujian tu sejam 30 minit... ada la masa nk pikiaq..

Apa2pun, doakan sy dapat 5A... Bair mak & ayah rasa bangga.. Harap2 la.. Aamiin..

UPSR dah habis, tak payah pikiaq pa dah, la ni pikiaq cmna nk tlg mak uruskn adik2, rumah, mcm2...
Ok,lah.... bye.. Doakan sy ya!!

3 comments:

Islamic Girl said...

Pembetulan :

"Cikgu tanda kat kertas jawapan"

sebanarnya..

"Cikgu tanda kat kertas soalan"

kertas jwpn ada kt kementerian..

HARAP MAKLUM.

~azzarrah~ said...

Salam Kakak,

MasyaAllah, blog kakak kali ni cantik la.

Pak Teh dan Teh Ma doakan semoga kakak berjaya, insyaAllah. Kakak doakan kami jugak di sudan nie, ni serba serbi mencabar.

Lepaih ni tolong mak norh? Kesian mak sorang2 jaga adik2. Doakan semoga Teh Ma juga bakal melahirkan anak yang sihat dan comel macam Nauwal dan kakak :D

Pak Teh Nizam - Sudan

Fatini Ismail said...

assalamualaikum.
innalillah hiwa inna ilaihi rajigun..
hopefully,all the pupils in the class of 6 baiduri will get 5a..
amin..
camna??nk buat apa lpas upsr ni??
salu2 larr update blog ni..